Najib Tiba Di Istanbul Untuk Hadiri Sidang Kemuncak OIC

Najib Tiba Di Istanbul Untuk Hadiri Sidang Kemuncak OIC

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat mendarat dan tiba di Istanbul, Turki hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 yang diadakan di sana.

Beliau ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan (12.45 tengah hari waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Turki, Datuk Amran Mohamed Zin.

Continue reading “Najib Tiba Di Istanbul Untuk Hadiri Sidang Kemuncak OIC”

Advertisements

Sudah Berbulan, Bila Ubah Suai Gerbang Kota Darul Ehsan Akan Dimulakan?

Sudah Berbulan, Bila Ubah Suai Gerbang Kota Darul Ehsan Akan Dimulakan?

Dulu masa Disember tahun lepas, sudah kedengaran bahawa Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan lebih RM9 juta runtuk menambah baik pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menjadi tanda pintu masuk ke negeri Selangor yang merentang Lebuhraya Persekutuan.

Bagimanapun, ketik sini sudah pun masuk ke bulan April 2016, tiada langsung tanda kerja-kerja berkenaan akan dimulakan.

Apa yang kelihatan hanyalah pintu gerbang lama yang ditutupi jaring keselamatan pembinaan tanpa kelibat seorang pekerja pun yang memulakan kerja.

Continue reading “Sudah Berbulan, Bila Ubah Suai Gerbang Kota Darul Ehsan Akan Dimulakan?”

Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?

Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?

Dengan usul dan cadangan untuk mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sehingga dibawa pula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung (AGM) ke-70 Majlis Peguam Malaysia (BAR), terbuktilah badan yang sepatutnya memartabatkan kerjaya guaman itu sudah tidak lagi relevan.

Sebagai badan yang mewakili semua firma guaman dan kerjaya peguam di negara ini, BAR sudah pun gagal menjalankan peranan yang sepatutnya.

BAR di negara ini sudah berubah kepada badan yang gemar mencampuri urusan politik dan hanya berpihak kepada pembangkang sahaja….

Continue reading “Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?”

Media Australia Ceroboh Pejabat Saya Tanpa Kebenaran – Ramesh Rao

Media Australia Ceroboh Pejabat Saya Tanpa Kebenaran – Ramesh Rao

Media asing dipercayai dari Australia semalam hadir dalam sidang media A Santamil Selvi, balu kepada Penyiasat Persendiri (PI) P Balasubramaniam dengan niat membuat provokasi menyukarkan wanita itu untuk memohon maaf.

Agensi berkenaan kemudian tanpa rasa bersalah menjadikan sidang media di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao sebagai ruang untuk membuat provokasi demi provokasi sehingga keadaan menjadi kecoh.

Pada permulaan sidang media, Selvi mula membacakan kenyataan media dan menerangkan hasratnya untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah membuat kenyataan melulu menuduh kedua-duanya terlibat menyebabkan kematian suaminya dan dalam pembunuhan Altantuya.

Ramesh dalam satu kenyataannya kepada media, beliau berkata wartawan berkenaan tanpa kebenaran hadir pada sidang media berkenaan dan bersikap biadap.

“Kehadiran mereka yang jelas kerana kerana pembangkang sengaja mencari masalah untuk menjadikan keadaan sidang media hangat dengan provokasi yang tidak relevan berkaitan permohonan maaf Selvi.

“Dia sengaja membuat Selvi berada dalam keadaan tertekan dan kemudian bersikap emosional sehingga marah-marah dan meninggalkan meja sidang media,” katanya.

Wartawan Australia berkenaan bertanya soalan apakah kaitan antara permohonan maafnya dengan prosiding mahkamah yang dimulakannya untuk memohon ganti rugi dari Najib dan Rosmah atas kematian suaminya PI Bala.

Selvi sudahpun menjawab persoalan berkenaan apabila ditanya iaitu permohonan maaf tiada kaitan dengan prosiding mahkamah berkenaan yang perlu dibuktikan di mahkamah dan ini adalah berkaitan keterlanjuran dirinya menuduh Najib dan isteri yang bertanggungjawab ke atas kematian suaminya.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan terus mengulang pertanyaan sehingga keadaan menjadi kecoh.

Selepas sudah menjalankan ‘tugasnya’, mereka terus meninggalkan sidang media berkenaan.

Ramesh berkata mengapa media asing tidak bertanya soalan dan mempersoalkan tindakan parti pembangkang yang tidak mengotakan janji untuk menjaga kebajikan Selvi termasuk anak-anaknya khususnya untuk tujuan pembelajaran.

Kehadiran Selvi pada asalnya untuk meminta bantuan kewangan dari PMSP kerana usahanya untuk menagih bantuan dari parti pembangkang gagal diketepikan dan dipinggirkan sahaja. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun enggan melayan Selvi kerana mendakwa terlalu sibuk dengan urusan Parlimen.

Ugutan Tidak Patahkan Semangat Presiden PMSP

Ugutan Tidak Patahkan Semangat Presiden PMSP

Apa sahaja jenis ugutan tidak akan mematahkan semangat Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao untuk terus bersuara dan mendedahkan kepincangan serta taktik kotor pembangkang bersama ketua deklarasi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau hari ini mengadakan sidang media di pejabat PMSP di Petaling Jaya mendedahkan butiran seorang pengguna Facebook yang mengugut dirinya dengan pelbagai jenis ugutan.

Ia diterima selepas Ramesh membuat laporan polis untuk meminta pihak berkuasa menyiasat Dr Mahathir dan beberapa individu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail

“Susulan kepada laporan polis yang kami buat terhadap Tun Dr Mahathir, Gani Patail dan tiga lagi individu dalam isu Deklarasi Rakyat, selepas laporan polis (dibuat) pelbagai kejadian luar biasa berlaku….

Continue reading “Ugutan Tidak Patahkan Semangat Presiden PMSP”

IGP Sendiri Sahkan Ada Rancangan Untuk Culik PM

IGP Sendiri Sahkan Ada Rancangan Untuk Culik PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ada wujud rancangan untuk dari militan negara Islam (IS) untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikesan tahun lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu dengan cepat berjaya digagalkan oleh polis.

Sebelum pengesahan Khalid, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat semalam ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN-Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail….

Continue reading “IGP Sendiri Sahkan Ada Rancangan Untuk Culik PM”