KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao

Semua pihak perlu sedar bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ketika ini seakan dipergunakan oleh kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad yang anti dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata mereka mempergunakan AS dengan menggunakan dokumen yang maklumatnya dibeli secara jahat daripada bekas Eksekutif Teknologi Maklumat Petrosaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo.

“Amerika dibodohkan oleh Mahathir dan Clare (Rewcastle Brown), Amerika tertipu dengan Dr Mahathir.

“Laporan DOJ Amerika berdasarkan dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report (SR) & WSJ (Wall Street Journal),” kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Justo yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand sebelum kerana didakwa mencuri dokumen sulit PetroSaudi sudah pun mengakui melakukannya dan kini dipenjara di negara Gajah Putih itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan telah mengubah maklumat dan data di dalam dokumen berkenaan.

“Justo mengaku yang dokumen yang disiarkan oleh SR dan WSJ adalah diedit dan dipalsukan oleh Clare,” katanya.

Dalam kenyataan beliau, Ramesh berkata malahan bekas pekerja SR juga mengaku, dia turut bersubahat dalam memalsukan isi kandungan dokumen berkenaan.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu berkaitan DOJ dan Peguam Negara AS Loretta Lynch agak hangat diperkatakan selepas jabatan itu memfailkan tindakan sivil untuk merampas beberapa aset yang dikatakan berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s