KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP)

Tarikh: 9 Julai 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam

Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini di pautan:

http://www.malaysiakini.com/news/347995

yang memetik kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mencabar YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak agar mengekstradisi beliau ke Malaysia.

2. Tujuan ekstradisi tersebut (sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini) adalah bagi membolehkan Clare Brown menghadapi sebarang perbicaraan di mana-mana mahkamah di Malaysia.

3. Saya melihat kenyataan Brown datangnya dari sifat bongkak dan ego seorang penulis yang masih belum menghadapi sebarang tindakan undang-undang. Buat pengetahuan rakyat Malaysia, Clare Brown masih bebas kerana dia bacul dan berselindung di sebalik pelbagai Akta di luar negara yang berkaitan dengan kebebasan penerbitan dan percetakan bahan-bahan yang berunsur fitnah.

4. Saya dengan ini mencabar Clare Brown dan Sarawak Report agar menjadikan Malaysia sebagai pengkalan dan pusat operasinya dalam penulisan-penulisan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

5. Beliau perlu berani beroperasi di negara yang menjadi sasaran fitnah-fitnahnya dan berhadapan dengan undang-undang tempatan dari bersikap bacul menyorokkan diri berselindung dengan kebebasan memfitnah versi Barat.

6. Saya juga mencabar beliau untuk datang ke Malaysia dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa bagi membolehkan suatu siasatan yang adil dan telus dilakukan terhadapnya.

Saya mahu melihat sejauhmana Clare Brown benar-benar berani datang ke Malaysia, beroperasi di sini dan menulis apa sahaja yang berunsur fitnah terhadap mana-mana pemimpin negara dan kerajaan atau menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

Salam hormat dari saya,

Ramesh Rao Krishnan Naidu

Presiden
Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s