Amerika Hanya Diperbodohkan Oleh Mahathir Dan Clare

Amerika Hanya Diperbodohkan Oleh Mahathir Dan Clare

KENYATAAN MEDIA

UNTUK SIARAN SEGERA

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao

Semua pihak perlu sedar bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ketika ini seakan dipergunakan oleh kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad yang anti dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata mereka mempergunakan AS dengan menggunakan dokumen yang maklumatnya dibeli secara jahat daripada bekas Eksekutif Teknologi Maklumat Petrosaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo.

“Amerika dibodohkan oleh Mahathir dan Clare (Rewcastle Brown), Amerika tertipu dengan Dr Mahathir.

Continue reading “Amerika Hanya Diperbodohkan Oleh Mahathir Dan Clare”

Advertisements

Ramesh Rao Cabar Clare Rewcastle Brown Untuk Serahkan Diri

Ramesh Rao Cabar Clare Rewcastle Brown Untuk Serahkan Diri

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP)

Tarikh: 9 Julai 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam

Saya merujuk kepada laporan portal Malaysiakini di pautan:

http://www.malaysiakini.com/news/347995

yang memetik kenyataan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mencabar YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak agar mengekstradisi beliau ke Malaysia.

2. Tujuan ekstradisi tersebut (sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini) adalah bagi membolehkan Clare Brown menghadapi sebarang perbicaraan di mana-mana mahkamah di Malaysia.

3. Saya melihat kenyataan Brown datangnya dari sifat bongkak dan ego seorang penulis yang masih belum menghadapi sebarang tindakan undang-undang. Buat pengetahuan rakyat Malaysia, Clare Brown masih bebas kerana dia bacul dan berselindung di sebalik pelbagai Akta di luar negara yang berkaitan dengan kebebasan penerbitan dan percetakan bahan-bahan yang berunsur fitnah.

4. Saya dengan ini mencabar Clare Brown dan Sarawak Report agar menjadikan Malaysia sebagai pengkalan dan pusat operasinya dalam penulisan-penulisan fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Continue reading “Ramesh Rao Cabar Clare Rewcastle Brown Untuk Serahkan Diri”