Kenyataan Media Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mencabar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa jika beliau yakin ada berlaku campur tangan dalam penamatan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohammad.

Dalam satu kenyataan semalam yang disiarkan Free Malaysia Today, Rafizi yang juga Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata ada maklumat yang diterima menunjukkan ada campur tangan politik luar biasa dalam suruhanjaya berkenaan.

“Jangan mereka-reka cerita, buat laporan kepada pihak berkuasa jika beliau tahu ada campur tangan berlaku dalam hal ini.

“Biar pihak berkuasa siasat dengan terperinci, buat laporan sepertimana Rafizi buat laporan berkaitan isu rasuah dalam PKR sebelum ini kepada SPRM,” kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam hal ini, apa yang diperkatakan oleh Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan, bercanggah dengan kenyataan Abu Kassim sendiri yang mengatakan dalam pengumuman semalam bahawa keinginannya untuk menamatkan kontrak lebih awal adalah kehendaknya sendiri dan tiada tekanan dari mana-mana pihak.

Dalam kenyataan Rafizi pula, pihak NOW dikatakan telah dihubungi dan berjumpa dengan pegawai SPRM kira-kira lima bulan lepas dan beliau memaklumkan kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM berkenaan dipaksa meletak jawatan,” kata Rafizi.

ramesh

Selain Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan bersara wajib pada 3 Oktober depan.

Ramesh dalam kenyataannya mahu Rafizi berhenti dari terus membuat cerita dan dakwaan tanpa bukti yang kukuh kerana ia boleh memberikan persepsi yang buruk kepada SPRM.

“Kita cabar Rafizi buat laporan dan biar siasatan dilakukan, jangan memandai-mandai buat cerita tanpa ada bukti,” katanya.

Sebelum ini, wakil rakyat PKR itu ada membuat laporan dan menyerahkan bukti kepada SPRM berkenaan dakwaan wujudnya rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor yang turut melibatkan unsur wang dan perempuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s