Kenyataan Media Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap dengan pendirian dalam memartabatkan agama Islam biarpun ditekan banyak pihak.

Ketika ini, beberapa pemimpin parti komponen menyuarakan keinginan meletakkan jawatan sebagai Menteri dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang Persendirian yang bertujuan meminda kuasa Mahkamah Syariah diluluskan di Dewan Rakyat.

“Minta Najib jangan tunduk dengan ugutan MCA dan Gerakan.

“Banyak lagi yang lebih relevan dalam kalangan parti komponen sedia berkhidmat jika diberi peluang,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 27 Mei lepas berkata pihaknya membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan undang-undang berkenaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan hubungan antara etnik.

“Rang undang-udang yang dikemukakan Datuk Seri Hadi Awang adalah RUU persendirian, yang didorong oleh matlamat PAS melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di Kelantan.

“Ia bukanlah rang undang-undang kerajaan mahupun yang selari dengan prinsip dan kedudukan Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, MCA dikatakan akan melancarkan kempen rakyat menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Liow menurut laporan akhbar China Press berkata, parti itu menyeru rakyat, Ahli Parlimen, Persatuan Cina dan Dewan Perniagaan supaya menyertai kempen itu bagi menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkannya.

Bagi Ramesh, undang-undang berkenaan adalah dikhususkan untuk umat Islam dan tiada sebab mengapa pihak lain khususnya yang tiada kaitan mahu masuk campur.

“Hudud hanya untuk orang Islam dan adalah tidak wajar untuk agama lain masuk campur dalam urusan agama orang lain,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s