Ada desas desus kedengaran dari United Kingdom (UK) bahawa Ahli Parlimen Britain yang tidak bersetuju dengan tindakan Editor Sarawak Report (SR) yang juga warganegara British Clare Rewcastle Brown mencampuri urusan dalam Malaysia akan membuat usul membantah tindakan Clare itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao selepas menerima khabar berkaitan perkara itu dari UK.

“Untuk makluman pihak media, Ahli Parlimen British yang tidak sokong tindakan warga British, Clare Rewcastle Brown yang mencampuri urusan politik Malaysia akan usulkan petisyen bantahan tindakan Clare dan Sarawak Report dalam masa terdekat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Clare sebelum ini atas upah pihak-pihak tertentu menggunakan platform portal SR untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara yang tidak demoktratik.

Dengan menggunakan dokumen yang sudah dipalsukan dan dicuri untuk membuat tuduhan yang salah ke atas syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa ada sejumlah dana dari syarikat berkenaan telah dimasukkan secara salah ke dalam akaun peribadi Najib.

Jumlahnya bukan sedikit, iaitu RM2.6 bilion. Najib yang tidak pun melatah dek dakwaan itu dengan tenang mengarahkan agensi berkaitan melakukan siasatan terperinci khususnya berkaitan wang RM2.6 bilion berkenaan.

Antara agensi yang menyiasat ialah Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Bank Negara Malaysia.

Hasil siasatan SPRM khususnya mendapati dan mengesahkan wang berkenaan adalah wang derma dari Keluarga Diraja Arab Saudi kepada Najib untuk gerak kerja politik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Bagaimanapun, usaha jahat Clare gagal melemahkan BN sedikit pun apabila parti itu menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dengan mendapat 72 kerusi dari keseluruhan 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s