Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mencabar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk membuktikan bahawa beliau dibayar oleh UMNO untuk mengganggu beliau sepertimana tuduhan yang dilemparkan wakil rakyat dari DAP itu.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Teresa mendakwa Ramesh bersama seorang bekas ahli DAP Tony Tan Chee Chon telah dibayar oleh parti UMNO itu untuk memfitnahya sehinga sanggup berbohong dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya cabar Teresa Kok untuk buktikan tuduhan kononnya saya dibayar oleh UMNO untuk kacau Teresa dalam tempoh 48 jam.

“Jika enggan saya akan buat laporan polis terhadap Teresa Kok,” katanya dalam satu mesej aplikasi Whatsapp hari ini.

Sesungguhnya, memang berat tuduhan yang dibuat oleh Teresa kerana menuduh parti UMNO iaitu parti Melayu terbesar membayar dua bekas penyokong kuat DAP semata-mata mahu menganggunya.

“Ini kes lama, mereka semua ini dibayar oleh UMNO untuk kacau saya dan pemimpin DAP.

“Sebenarnya tidak ada kes langsung seperti tuduhan yang dibuat dan mereka bohong dengan membuat laporan kepada SPRM, malah akaun di pusat khidmat saya yang digunakan untuk PRU telah diaudit,” kata Teresa dalam laporan FMT.

Difahamkan kes berkaitan Teresa ini sudah berlarutan hampir tiga tahun dan dikatakan tiada kenyataan dibuat oleh pihak SPRM berkenaan status siasatan kes berkenaan.

Beliau didakwa menyalahgunakan peruntukan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan bukannya kepada rakyat seperti yang sepatutnya.

Bagi Ramesh, kata-kata beliau akan membuat laporan polis bukannya satu ugutan atau main-main kerana sudah banyak kepincangan dan salah laku pemimpin pembangkang bukan sahaja kepada polis malahan kepada SPRM.

Beliau membuat cabaran kepada Teresa hari ini dan ia sepatutnya berakhir pada keesokan hari sebelum Ramesh meneruskan laporan polis.

Beberapa ahli DAP sebelum ini difahamkan ada yang disaman kerana cuba mempertikaikan apa sahaja berkaitan keputusan para pemimpin khususnya berkaitan dana yang diterima oleh DAP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s