Dalam kes perebutan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, DAP sudah jadi melampau kepada parti kawan mereka, PKR dalam Pakatan Harapan apabila sanggup menyelar parti itu dengan kata-kata supaya PKR pergi ke neraka.

Kata-kata kesat itu diucapkan oleh Ahli Parlimen DAP-Tanjong Ng Wei Aik dalam satu gambar di laman Facebook berkaitan kes pertindihan kerusi itu.

Dia berkata “Ask PKR go to hell,” bermaksud, “Minta PKR pergi ke neraka,”.

Ng berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bahawa beliau membenarkan PKR negeri Sarawak untuk bertanding di lima kerusi yang dipertandingkan pada PRN berkenaan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mempersoalkan mengapa PKR dilihat berdiam diri biar pun sudah diselar sedemikian rupa.

“DAP gelar PKR ‘go to hell!” Apa reaksi orang PKR? Kenapa tidak bertindak? bermaruah ke PKR?

“Bermaruahkah orang PKR? Apa tindakan orang PKR terhadap DAP yang menggelar PKR go to hell?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kepincangan pembangkang yang bergerak atas nama Pakatan Harapan sampai ke kemuncaknya pada Pilihan Raya Umum peringkat negeri Sarawak apabila mereka akan bertembung sesama sendiri di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Kesemua kerusi berkenaan juga melibatkan calon dari musuh mereka iaitu calon Barisan Nasional (BN).

Nampaknya, andaian bahawa PKR akan menjadi sasaran seterusnya oleh DAP untuk memecahbelahkan parti itu nampaknya mula terserlah dengan kejadian ini melibatkan pertelingkahan berebut kerusi.

DAP pastinya akan cuba melakukan sesuatu supaya PKR tidak lagi jadi penghalang kepada DAP untuk bertanding di semua kerusi yang mereka mahukan tanpa ada kejadian terpaksa berlawan dengan rakan sendiri.

Ada kemungkinan nanti, PKR juga akan berakhir seperti PAS yang terpaksa berdepan saingan dengan parti serpihan sendiri Parti Amanah Negara (PAN).

Leave a comment