Nampaknya DAP lebih berani sekarang ini dengan melemparkan tuduhan yang amat berat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengaitkan kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas pembantu kepada bekas Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wan yang maut ketika disiasat SPRM.

Dia maut pada 16 Julai 2009 dan ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu. Mayat Teo ditemui dalam keadaan terlungkup.

Dalam satu tweet, bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkatanyakan satu persoalan “Soalan yang ketika ini banyak ditanya – Adakah Lim Guan Eng akan menerima layanan sama seperti yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock dari SPRM?”.

Tweet berkenaan dibuat Kit Siang pada 28 Mac lepas pada pukul 4.41 petang.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao kemudian melemparkan soalan kepada Kit Siang bertanyakan adakah Penasihat DAP itu mengatakan SPRM akan bunuh Guan Eng seperti yang berlaku kepada Beng Hock?

“@PDRMsia @KBAB51 Adakah @limkitsiang Mengatakan @SPRMMalaysia akan bunuh @cmlimguaneng seperti Teo Beng Hock?,” demikian tweet daripada Ramesh.

Tweet Kit Siang boleh menimbulkan banyak prasanga dan sangkaan terhadap SPRM kerana banyak andaian kes berlaku dalam kejadian yang menimpa Teo pada 2009.

Pada masa itu, majikan Teo, Yong merupakan antara tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang disiasat SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri. Turut disiasat ialah Teresa Kok, Hannah Yeoh, Elizabeth Wong, Dr Cheah Wing Yin dan Edward Lee.

Soalnya, siapakah Kit Siang sehingga boleh membuat kenyataan seperti itu yang merupakan tuduhan yang amat berat kepada SPRM dan selepas hampir sebulan tweet berkenaan ditulis, SPRM masih belum memberikan kenyataan mengenainya.

Ramesh dalam tweetnya, turut memaklumkan kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan perkara itu.

Guan Eng ketika ini sedang dalam siasatan pihak SPRM atas kes beliau membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown, Pulau Pinang dengan harga yang jauh lebih murah dari harga asal yang sepatutnya lebih tinggi.

Semalam, SPRM telah memberikan kenyataan bahawa Guan Eng akan dipanggil memberikan keterangan berkaitan kes itu dalam masa terdekat biarpun kes berkenaan sudah masuk hampir sebulan selepas laporan dan aduan dibuat kepada SPRM.

Badan pencegahan rasuah itu juga sudah memaklumkan bahawa semua pihak diminta jangan membuat sebarang kenyataan berkaitan kes berkenaan yang masih dalam siasatan pihaknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s