Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat mendarat dan tiba di Istanbul, Turki hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 yang diadakan di sana.

Beliau ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan (12.45 tengah hari waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Turki, Datuk Amran Mohamed Zin.

Beliau dijaduakan berucap esok dan akan berkongsi pendirian Malaysua mengenai isu yang akan dibentangkan dalam agenda persidangan berkenaan.

Sidang Kemuncak OIC akan diadakan setiap tiga tahun yang dimulakan dengan mesyuarat persediaan Majlis Menteri-Menteri Luar dari 12 hingga 13 April dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan dari 10 hingga 11 April.

Memetik laporan BERNAMA, Malaysia yang merupakan antara negara pengasas OIC hadir pada sidang kemuncak ini sebagai komitmen kuat negara untuk terus berperanan secara aktif dalam permuafakatan berkenaan dan menyumbang kepada kemajuan umat Islam di seluruh dunia.

Sidang kemuncak berkenaan dijangka turut menggaris langkah dalam dokumen yang dihasilkan bagi dilaksana oleh negara anggota.

Dalam pada itu, Najib dijadualkan akan turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman dan perjanjian antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat tenaga Turkim Gam Enerji untuk kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pembekalan kuasa elektrik di negara Eropah itu.

Perdana menteri turut dijadual melancar ruang penumpang dan projek pelebaran dewan masuk baharu lapangan terbang Sabiha Gokcen.

Lapangan terbang tersebut dimiliki sepenuhnya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s