Ramai juga yang terkejut apabila seorang Ahli Parlimen DAP-Kepong Dr Tan Seng Giaw membuat kenyataan berbeza daripada rakan-rakan sesama DAP apabila mengambil pendirian yang betul dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan 1MDB.

Beliau yang sudah begitu lama dalam politik dan menjadi wakil rakyat Kepong berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu 1MDB sebaliknya ia adalah angkara pengurusan syarikat yang lemah.

Najib juga tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu syarikat pelaburan strategik negara itu.

Seng Giaw yang merupakan Timbalan Pengerusi PAC berkata pihak jawatankuasa mengkaji semua aspek dalam siasatan syarikat itu dan mendapati Najib tidak ada kaitan langsung.

“Kita mengkaji semua ini… Kita (PAC) nampak dia (Najib) tidak terlibat secara langsung dengan 1MDB. Cuma namanya tiimbul setelah kita kaji berkenaan Lembaga Penasihat.

“Itu sahaja namanya muncul kerana dia Pengerusi Lembaga Penasihat. Selepas itu tidak ada apa-apa lagi. Yang paling banyak adalah pihak pengurusan 1MDB.

“Ia adalah kedaulatan undang-undang, anda tidak boleh kutuk seseorang sehingga dia didapati bersalah,” kata beliau.

Soalnya, adakah DAP berani mengambil tindakan ke atas seorang wakil rakyat yang terlalu lama berjasa untuk parti itu kerana enggan sependapat dengan seorang lagi Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Bagi Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao adakah DAP berani mengambil tindakan ke atas Seng Giaw termasuk memecatnya dari DAP.

“Ahli Parlimen Kepong DAP mungkin dipecat kerana enggan bersekongkol dengan Tony Pua serta pertahankan Najib dalam isu 1MDB.

“Besar kemungkinan akan digugurkan dari senarai calon PRU14,” kata Ramesh ketika dihubungi oleh pru14.tv hari ini.

Biasanya, ahli atau pemimpin DAP yang berani melawan pendirian parti pasti akan dikenakan tindakan sama ada pecat dan adakalanya di saman di mahkamah sehingga individu itu boleh jatuh muflis.

Ramesh berkata pihaknya dan pastinya ramai orang lain menantikan apakah tindakan DAP kepada wakil rakyat Kepong itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s