Dulu masa Disember tahun lepas, sudah kedengaran bahawa Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan lebih RM9 juta runtuk menambah baik pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menjadi tanda pintu masuk ke negeri Selangor yang merentang Lebuhraya Persekutuan.

Bagimanapun, ketik sini sudah pun masuk ke bulan April 2016, tiada langsung tanda kerja-kerja berkenaan akan dimulakan.

Apa yang kelihatan hanyalah pintu gerbang lama yang ditutupi jaring keselamatan pembinaan tanpa kelibat seorang pekerja pun yang memulakan kerja.

Apabila dituduh kerajaan pimpinan Datuk Seri Azmin Ali membazirkan sejumlah wang yang besar untuk kerja berkenaan, Azmin berkata kerja-kerja berkenaan dibiayai oleh penderma yang begitu bermurah hati untuk memberikan sumbangan bagi tujuan berkenaan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata sehingga hari ini, masih belum diketahui siapa penderma yang disebutkan oleh kerjaaan PKR. Adakah masih tiada penderma sehingga kerja berkenaan tidak lagi bermula?

“Sehingga hari ini, Menteri Besar Selangor masih lagi gagal mengemukakan senarai nama dua penderma yang kononnya menyumbang untuk kerja-kerja ubah suai pintu gerbang Darul Ehsan.

“Justeri, saya menuntut Azmin untuk mengemukakan senarai nama mereka,” kata Ramesh.

Memang benar, kerana pemandu kereta yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan itu begitu sakit mata memandang pintu gerbang berkenaan yang masih terbengkalai kerja-kerja ubah suainya sehingga ke hari ini.

Jika terus dibiarkan besi penyokong jaring yang berkarat dan terbiar lama akan membahayakan pengguna jalan raya jika ia runtuh serta menghempap kenderaan yang lalu lalang di bawahnya.

Difahamkan kerja ubah suai berkenaan tidaklah melibatkan kerja pembinaan yang besar hanyalah kerja ubah suai yang ringan tetapi mengapa ia belum dimulakan lagi?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s