Sebelum ini kita sudah ketahui, Datuk Seri Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengesahkan menerima kira-kira AS$7 juta Dolar Amerika (RM29.45 juta) daripada abangnya untuk diagihkan kepada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk tujuan pilihan raya.

Namun, ada desas desus pula timbul bahawa beliau juga yang juga CEO bank CIMB, bagi pihak PKR menguruskan dana ratusan juta ringgit bersama dengan Kuwait Finance House.

Persoalan itu ditimbulkan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao ekoran ada dakwaan wujudnya aliran tunai yang mencurigakan.

“Ada pihak melihat ada akaun simpanan tetap yang boleh dikatakan luar biasa wujud sejak kebelakangan ini dalam CIMB dan Kuwait Finance House,” kata Ramesh.

Beliau berkata dana itu dikatakan akan diagihkan dalam kalangan mereka yang menyokong pembangkang untuk tujuan berkempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

“Kita mendesak jika wujud perkara ini, PKR eloklah tampil dan menjawab soal ini kerana kewujudan dana ini akan mewujudkan persoalan dari mana datangnya dana berkenaan dan tujuan ia digunakan.

“Mereka sebelum ini bertubi-tubi menuduh BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperoleh dana yang kemudian sudah dibuktikan dari mana datangnya, tetapi PKR ini, sumbernya dari mana?” kata Ramesh.

Adakah dana itu juga digunakan untuk pemasangan papan tanda “Bebas Anwar” di serata negeri Selangor yang seakan memperlekeh sistem kehakiman dan mempermainkan undang-undang negara. – minda prihatin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s