KENYATAAN MEDIA

PRESIDEN PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN
RAMESH RAO

Saya begitu kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seakan-akan membenarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke luar negara biarpun sudah menjadi fokus siasatan mereka dalam isu pembelian rumah banglo di Georgetown, Pulau Pinang.

Apa keistimewaan yang Guan Eng ada sehingga diberikan kelonggaran sebegitu oleh SPRM?

Ketika siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam siasatan mereka, ada Pengarah 1MDB telah dihalang ke luar negara . Bagaimanapun, dalam kes Guan Eng beliau boleh pergi ke luar negara ke China selama tiga hari.

Kenapa tidak kepada Guan Eng? Apa hebat sangat dengan DAP?

Kemudian, SPRM dedahkan kes berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada ketika kes Guan Eng turut terdedah juga menimbulkan banyak persoalan.

Adakah ia untuk ?

1. Tenggelamkan isu rasuah Guan Eng?

2. Untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) rasuah?

3. Untuk memberi ruang kepada penyokong pakatan dalam menjawab itu Guan Eng?

Untuk makluman, pelbagai aduan rasuah dan salah guna kuasa puak pakatan telah saya kemukakan dengan bukti. Sehingga hari ini, amat menghampakan tiada jawapan konkrit atau tindakan dari SPRM.

Contohnya kes rasuah Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, dah hampir tiga tahun dikemukakan kepada SPRM, sehingga hari ini masih lagi tiada jawapan dari SPRM, SPRM berkhidmat untuk siapa sebenarnya?

Diharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan tegas, terperinci dan telus serta memaklumkan kepada orang awam berkaitan perkembangan siasatan kerana kes yang dikemukakan adalah kes yang melibatkan kepentingan awam dan berprofil tinggi.

Ramesh Rao
23 Mac 2016
4.05pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s