KENYATAAN MEDIA

ISTERI MENDIANG PI BALA A. SANTAMIL SELVI

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

Pertamanya tujuan saya membuat sidang akhbar ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), terutamanya Tuan Ramesh sebagai Presiden & Tuan ZakwanVHafiz sebagai Timbalan Presiden NGO ini, kerana telah pun menunaikan janjinya untuk memberikan bantuan dan sumbangan kewangan Pelajaran anak-anak saya.

Apa yang saya di maklumkan adalah, bantuan kewangan ini adalah dari sumbangan individu-individu awam yang prihatin terhadap kesusahan yang saya dan anak-anak alami. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Saya juga ingin memaklumkan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kolej anak kedua saya belajar, kerana prihatin dengan masalah saya dan telah sudi untuk memberikan biasiswa penuh kepada anak perempuan saya.

Selain dari itu, saya juga dimaklumkan, merujuk kepada kenyataan akhbar yang di buat oleh Peguam Americk Singh Sidhu, rujuk The Star bertarikh 17hb Mac 2016, bahawa beliau menarik diri di dalam kes sivil – Tuntutan Kerugian Terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bersama 7 penama yang lain (Kes No: 22NCVC-281-06-2014 dan lain-lain).

Oleh yang demikian ingin saya umumkan bahawa saya dengan rasminya ingin menarik balik segala tuntutan tersebut secara sahnya. Keputusan yang saya buat ini adalah dengan kehendak saya sendiri, tanpa sebarang paksaan atau hasutan dari mana-mana pihak.

Ingin juga saya sampaikan bahawa, sepanjang kes tuntutan ganti rugi ini, adalah di cadangkan sama sekali oleh Peguam Americk dan saya hanya menuruti sahaja, atas sebab desakkan hidup .

Ketika kes itu dicadangkan oleh Peguam Americk, beliau tidak pernah sama sekali membincangkan berkaitan dengan pembayaran yuran guaman. Ianya di buat atas dasar simpati serta dasar sahabat di antara Peguam Americk dengan mendiang suami saya iaitu PI Bala.

Ianya di saksikan oleh kedua anak-anak saya.

Saya kini hanya ingin meneruskan kehidupan saya bersama dengan anak-anak saya tanpa bergantung harap lagi dengan mana-mana pihak.

22 Mac 2016

3:44 Petang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s