Dengan usul dan cadangan untuk mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sehingga dibawa pula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung (AGM) ke-70 Majlis Peguam Malaysia (BAR), terbuktilah badan yang sepatutnya memartabatkan kerjaya guaman itu sudah tidak lagi relevan.

Sebagai badan yang mewakili semua firma guaman dan kerjaya peguam di negara ini, BAR sudah pun gagal menjalankan peranan yang sepatutnya.

BAR di negara ini sudah berubah kepada badan yang gemar mencampuri urusan politik dan hanya berpihak kepada pembangkang sahaja….

Selain itu, amalan demokrasi di dalam BAR juga pernah dipertikaikan sebelum ini dan bagi pemerhati ia sudah dianggap pupus di dalam organisasi itu.

Pada pemilihan untuk penggal 2015-2016, dua peguam M Reza Hassan dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz tidak berpuas hati dengan syarat yang mewajibkan setiap calon menandatangani surat aku janji terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki lokasi tayangan proses pengiraan undi yang dipaparkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Surat berkenaan mengkehendaki seseorang peguam patuh dengan larangan membuat sebarang rakaman tentang proses pengiraan undi yang dijalankan di Pejabat BAR di ibu negara pada 2 Disember 2014 lepas.

Itu belum lagi cerita sebelum ini yang menyebut BAR mengambil langkah ‘pilih kasih’ antara peguam yang berbeza bangsa.

Ada satu kumpulan bangsa peguam yang diutamakan dalam kalangan peguam dan ada yang disisihkan dengar ceritanya.

Banyak kes melibatkan orang awam yang sepatutnya diperjuangkan oleh BAR tetapi tidak diberikan perhatian langsung oleh BAR.

Bagi ramai pihak, apabila kali ini BAR campur tangan dalam kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Peguam Negara, mereka dianggap sudah melampaui batas dalam sempadan peranan mereka sebagai satu badan untuk kerjaya sebagai seorang peguam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s