Media asing dipercayai dari Australia semalam hadir dalam sidang media A Santamil Selvi, balu kepada Penyiasat Persendiri (PI) P Balasubramaniam dengan niat membuat provokasi menyukarkan wanita itu untuk memohon maaf.

Agensi berkenaan kemudian tanpa rasa bersalah menjadikan sidang media di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao sebagai ruang untuk membuat provokasi demi provokasi sehingga keadaan menjadi kecoh.

Pada permulaan sidang media, Selvi mula membacakan kenyataan media dan menerangkan hasratnya untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah membuat kenyataan melulu menuduh kedua-duanya terlibat menyebabkan kematian suaminya dan dalam pembunuhan Altantuya.

Ramesh dalam satu kenyataannya kepada media, beliau berkata wartawan berkenaan tanpa kebenaran hadir pada sidang media berkenaan dan bersikap biadap.

“Kehadiran mereka yang jelas kerana kerana pembangkang sengaja mencari masalah untuk menjadikan keadaan sidang media hangat dengan provokasi yang tidak relevan berkaitan permohonan maaf Selvi.

“Dia sengaja membuat Selvi berada dalam keadaan tertekan dan kemudian bersikap emosional sehingga marah-marah dan meninggalkan meja sidang media,” katanya.

Wartawan Australia berkenaan bertanya soalan apakah kaitan antara permohonan maafnya dengan prosiding mahkamah yang dimulakannya untuk memohon ganti rugi dari Najib dan Rosmah atas kematian suaminya PI Bala.

Selvi sudahpun menjawab persoalan berkenaan apabila ditanya iaitu permohonan maaf tiada kaitan dengan prosiding mahkamah berkenaan yang perlu dibuktikan di mahkamah dan ini adalah berkaitan keterlanjuran dirinya menuduh Najib dan isteri yang bertanggungjawab ke atas kematian suaminya.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan terus mengulang pertanyaan sehingga keadaan menjadi kecoh.

Selepas sudah menjalankan ‘tugasnya’, mereka terus meninggalkan sidang media berkenaan.

Ramesh berkata mengapa media asing tidak bertanya soalan dan mempersoalkan tindakan parti pembangkang yang tidak mengotakan janji untuk menjaga kebajikan Selvi termasuk anak-anaknya khususnya untuk tujuan pembelajaran.

Kehadiran Selvi pada asalnya untuk meminta bantuan kewangan dari PMSP kerana usahanya untuk menagih bantuan dari parti pembangkang gagal diketepikan dan dipinggirkan sahaja. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun enggan melayan Selvi kerana mendakwa terlalu sibuk dengan urusan Parlimen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s