KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN (PMSP) RAMESH RAO
11 MAC 2016

Saya di sini ingin memaklumkan bahawa ketika ini ada beberapa orang yang tidak senang dan tidak suka dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menghubungi saya dengan banyak maklumat kerja jahat Dr Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti yang para media sedia maklum, baru-baru ini saya diugut oleh pihak tertentu dengan ugutan akan memburu saya tidak kira di mana saya berada jika terus mengganggu perjalanan gerakan Dr Mahathir.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak gentar sedikitpun dan saya dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) akan terus bongkar dan bongkar semua kerja Dr Mahathir ini…..

Kita sudah menerima maklumat berkenaan harta anak-anak Dr Mahathir yang begitu kaya di sana sini dan punca kekayaan mereka.

Saya sendiri akan dedahkan maklumat yang kita ada ini dalam masa terdekat.

Dr Mahathir, sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang memegang rekod paling lama berkuasa iaitu selama 22 tahun sepatutnya lebih ampuh dan berani menghadapi cabaran khususnya dari saya dan PMSP yang tidaklah sehebat mana.

Bagaimanapun, tindakan mengugut membuktikan Dr Mahathir dan orang-orangnya kini tidak boleh menerima kritikan lansgung dan mungkin juga mereka ini pengecut.

Sudahlah jadi Perdana Menteri dengan banyak rekod buruk, kini anda mahu terus memburukkan keadaan politik dalam negara dan kerjasama keji dengan pembangkang yang sudah sekian lama hanya berniat menjadikan Malaysia negara kacau bilau.

Saya akan terus membongkar semua maklumat berkaitan Dr Mahathir dan parti pembangkang ini biar apapun yang datang melanda dan dihadapi oleh saya.

Ramesh Rao
11 Mac 2016
11.32 pagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s