Apa sahaja jenis ugutan tidak akan mematahkan semangat Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao untuk terus bersuara dan mendedahkan kepincangan serta taktik kotor pembangkang bersama ketua deklarasi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau hari ini mengadakan sidang media di pejabat PMSP di Petaling Jaya mendedahkan butiran seorang pengguna Facebook yang mengugut dirinya dengan pelbagai jenis ugutan.

Ia diterima selepas Ramesh membuat laporan polis untuk meminta pihak berkuasa menyiasat Dr Mahathir dan beberapa individu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail

“Susulan kepada laporan polis yang kami buat terhadap Tun Dr Mahathir, Gani Patail dan tiga lagi individu dalam isu Deklarasi Rakyat, selepas laporan polis (dibuat) pelbagai kejadian luar biasa berlaku….

“…. panggilan maki hamun diterima, ada juga kereta-kereta yang tidak dikenali berlegar di depan rumah,” katanya.

Selain itu, dengan aplikasi Facebook Messenger, Ramesh menerima ugutan dari individu berkenaan yang memberi amaran akan mencari Ramesh jika beliau terus mengganggu Dr Mahathir dan penyokong-penyokongnya.

“Dalam Facebook Messenger, pun ada banyak mesej tetapi ada satu mesej yang amat menakutkan… Mesej ini datang daripada Hakeem Haikal Zainuddin… terdapat ugutan yang luar biasa selepas laporan terhadap Tun Mahathir,” katanya.

Ramesh yang membacakan mesej itu berbunyi…

“Sesiapa yang masih menjilat, kamu akan mendapat hukuman Januari 2017, we will find your home, we will punish you by virals your face… Do not doing something you will regret.. We will support Tun M and Kelab Che Det.

“You try to touch any Tun Mahathir supporters, we will search you no matter where you are… If Najib kill more person before the election, you the first person we will mark for the rest of your life… Najib must go to prison,” kata Ramesh membacakan mesej berbahasa Inggeris itu.

Menurut Ramesh, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menerima kritikan dan kecaman, mengapa di pihak Dr Mahathir tidak boleh menerima perkara yang sama.

“Kenapa tak boleh terima? Bantai sikit dah goyang?.

“Ugutan ini tidak akan mematahkan semangat saya malahan memberikan saya lebih keyakinan, dan banyak lagi kita akan bongkarkan dalam masa terdekat.

“Saya nak beritahu, orang-orang yang tak suka Mahathir pun ada juga dah mula menghubungi saya,” katanya. – PSMP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s