KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN, RAMESH RAO
9 Mac 2016

Saya berpendapat parti pembangkang yang ada di Malaysia sekarang bukannya membangkang dalam erti kata politik matang sebaliknya hanya menggunakan strategi merosakkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dengan harapan untuk menang.

Parti seperti parti DAP, mereka menggunakan strategi memfitnah dengan para pemimpin mereka yang biadap untuk mengatakan banyak perkara buruk mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dari itu, parti pembangkang juga merosakkan negara dengan cara menghancurkan perpaduan kaum majoriti dalam negara ini dengan sasaran jumlah pengundi dari bangsa itu akan berpecah mengundi parti berbeza biarpun dari bangsa yang sama.

Sekali lagi, saya melihat parti DAP sanggup memecahbelahkan PAS ketika itu melalui pertubuhan NGO PasMa untuk kononnya membantah kepimpinan Ulama pada masa itu sekaligus menjadikan parti PAS berpecah kepada PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) sekarang ini……

Hasilnya, orang Melayu yang sepatutnya bersatu kini berpecah dan mereka mengundi empat parti yang dilihat mewakili sebahagian besar mereka iaitu UMNO, PAS, AMANAH dan PKR.

Pembangkang semakin biadap apabila jumlah mereka di dalam Dewan Rakyat di Parlimen semakin ramai selepas berlakunya tsunami politik selepas PRU ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan lima negeri.

Selepas itu, saya lihat mereka berhabis-habisan untuk mewujudkan kebencian dari rakyat kepada BN untuk menang lebih banyak lagi kerusi dan mungkin akhirnya berjaya menawan Putrajaya.

Walaupun perkara yang dilaksanakan kerajaan itu adalah satu perkara yang baik, bagi mereka semua perkara akan dicari ruang kosong yang boleh dicipta persepsi supaya rakyat terus membenci kerajaan khususnya Najib.

Sepatutnya, sebagai pembangkang, parti itu perlu membantu penyokongnya mendapatkan hidup yang lebih baik untuk rakyat yang berada di bawah naungannya, mengatasi masalah mereka. Ini tidak, rakyat dibiarkan susah dan menderita kerana permainan politik mereka untuk berebut kuasa daripada BN.

Ayuh, kita terus sokong kepimpinan Najib dan BN serta pada masa sama berharap pihak berkuasa seperti SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) jalankan tugas, pantau fitnah politik dan kerja jahat ini supaya menyelamatkan rakyat dari ditipu kumpulan pembangkang yang sebenarnya perosak negara ini.

Ramesh Rao
9 Mac 2016
12:14 pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s