Betapa nakalnya laman portal Malaysiakini sehingga kenyataan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao diputarbelitkan sehingga bertukar terus makna asal kenyataannya.

Tajuk yang digunakan saluran Youtube mereka KiniTV berbunyi “PMSP : Tangkap Dr Mahathir, Tumbuk Dia Hingga Hilang Gigi” jelas telah diputarbelitkan oleh portal berkenaan.

Ramesh berkata, biar polis menjalankan siasatan tahan bekas Perdana Menteri itu dalam tahanan reman selama 14 hari dan biarlah polis menjalankan siasatan seperti mana yang dialami beliau ketika ditahan iaitu ditumbuk sehingga patah gigi.

Bukannya beliau meminta polis menumbuk Dr Mahathir sehingga patah gigi…..

“Mahathir sendiri kata pada tahun 1998, Anwar telah menyalahi undang-undang… Saya peserta Reformasi (1998) saya dilokap, 14 hari kena pukul… dalam (lokap) sebab saya sertai Reformasi dengan alasannya saya telah melanggar undang-undang cuba menggulingkan Tun Mahathir.

“Sekarang saya buat laporan polis mengatakan Mahathir salah, tangkap Mahathir masuk dalam (lokap) 14 hari… biar kena pukul macam saya kena pukul, sampai gigi semua hilang,” kata Ramesh.

Tidak langsung beliau mengatakan mahu Dr Mahathir yang akan hilang gigi.

Ramesh sebelum itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya meminta polis menyiasat bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu disiasat bersama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menggulingkan kerajaan bukan dengan cara demokratik.

Pada tahun 1998, ramai orang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram cuba untuk membela Anwar atas naka Reformasi selepas dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kesalahan moral dan salah guna kuasa.

Polis pada masa itu juga menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan serta menggunakan jentera meriam air untuk disembur kepada peserta himpunan bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, kini cubaan menggulingkan kerajaan dilakukan secara terang-terangan tanpa ada gangguan daripada pihak berkuasa sampai ke tahap menandatangani Deklarasi Rakyat : Selamatkan Malaysia diketuai Dr Mahathir.

Bekas wakil rakyat Kubang Pasu itu juga pada tahun 1998 menyelar tindakan mengadakan perhimpunan sebagai satu tindakan yang salah tetapi masa kini beliau sendiri hadir dan menyokong himpunan haram menggulingkan kerajaan. – PRU14.TV

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s