Dokumentari ABC Australia Berniat Jahat Dan Ketandusan Idea

Dokumentari ABC Australia Berniat Jahat Dan Ketandusan Idea

Dokumentari Four Corners yang disiarkan oleh agensi media ABC Australia kelmarin sememangnya mempunyai niat jahat yang hanya mahu memburukkan kerajaan di peringkat antarabangsa khususnya di dunia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan berkata dokumentari itu sengaja mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai dakwaan salah laku dan jenayah termasuk ada kaitan dengan pembunuhan.

Beliau berkata semua dakwaan yang disiarkan dalam dokumentari itu sudah dijelaskan kepada pengetahuan orang ramai oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sekaligjus ia tidak sepatutnya berbangkit.

Continue reading “Dokumentari ABC Australia Berniat Jahat Dan Ketandusan Idea”

PMSP Kecewa Dengan Cara SPRM Jalankan Siasatan Kes Rasuah

PMSP Kecewa Dengan Cara SPRM Jalankan Siasatan Kes Rasuah

KENYATAAN MEDIA

PRESIDEN PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN
RAMESH RAO

Saya begitu kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seakan-akan membenarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke luar negara biarpun sudah menjadi fokus siasatan mereka dalam isu pembelian rumah banglo di Georgetown, Pulau Pinang.

Apa keistimewaan yang Guan Eng ada sehingga diberikan kelonggaran sebegitu oleh SPRM?

Ketika siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam siasatan mereka, ada Pengarah 1MDB telah dihalang ke luar negara . Bagaimanapun, dalam kes Guan Eng beliau boleh pergi ke luar negara ke China selama tiga hari.

Kenapa tidak kepada Guan Eng? Apa hebat sangat dengan DAP?

Kemudian, SPRM dedahkan kes berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada ketika kes Guan Eng turut terdedah juga menimbulkan banyak persoalan.

Adakah ia untuk ?

1. Tenggelamkan isu rasuah Guan Eng?

2. Untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) rasuah?

3. Untuk memberi ruang kepada penyokong pakatan dalam menjawab itu Guan Eng?

Untuk makluman, pelbagai aduan rasuah dan salah guna kuasa puak pakatan telah saya kemukakan dengan bukti. Sehingga hari ini, amat menghampakan tiada jawapan konkrit atau tindakan dari SPRM.

Contohnya kes rasuah Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, dah hampir tiga tahun dikemukakan kepada SPRM, sehingga hari ini masih lagi tiada jawapan dari SPRM, SPRM berkhidmat untuk siapa sebenarnya?

Diharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan tegas, terperinci dan telus serta memaklumkan kepada orang awam berkaitan perkembangan siasatan kerana kes yang dikemukakan adalah kes yang melibatkan kepentingan awam dan berprofil tinggi.

Ramesh Rao
23 Mac 2016
4.05pm

Balu Mendiang PI Bala Tarik Balik Tuntutan Di Mahkamah

Balu Mendiang PI Bala Tarik Balik Tuntutan Di Mahkamah

KENYATAAN MEDIA

ISTERI MENDIANG PI BALA A. SANTAMIL SELVI

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

Pertamanya tujuan saya membuat sidang akhbar ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), terutamanya Tuan Ramesh sebagai Presiden & Tuan ZakwanVHafiz sebagai Timbalan Presiden NGO ini, kerana telah pun menunaikan janjinya untuk memberikan bantuan dan sumbangan kewangan Pelajaran anak-anak saya.

Apa yang saya di maklumkan adalah, bantuan kewangan ini adalah dari sumbangan individu-individu awam yang prihatin terhadap kesusahan yang saya dan anak-anak alami. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Saya juga ingin memaklumkan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kolej anak kedua saya belajar, kerana prihatin dengan masalah saya dan telah sudi untuk memberikan biasiswa penuh kepada anak perempuan saya.

Continue reading “Balu Mendiang PI Bala Tarik Balik Tuntutan Di Mahkamah”

Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?

Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?

Dengan usul dan cadangan untuk mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sehingga dibawa pula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung (AGM) ke-70 Majlis Peguam Malaysia (BAR), terbuktilah badan yang sepatutnya memartabatkan kerjaya guaman itu sudah tidak lagi relevan.

Sebagai badan yang mewakili semua firma guaman dan kerjaya peguam di negara ini, BAR sudah pun gagal menjalankan peranan yang sepatutnya.

BAR di negara ini sudah berubah kepada badan yang gemar mencampuri urusan politik dan hanya berpihak kepada pembangkang sahaja….

Continue reading “Majlis Peguam Rasis Dan Kini Sudah Tidak Relevan?”

Kenyataan Penjelasan Oleh Balu PI Bala Berkenaan Manipulasi Pihak Tertentu

Kenyataan Penjelasan Oleh Balu PI Bala Berkenaan Manipulasi Pihak Tertentu

KENYATAAN MEDIA

BALU MENDIANG PI BALA, A. SANTAMIL SELVI

Pada hari ini, saya telah melihat dan dimaklumkan oleh bebetapa pihak bahawa kenyataan akhbar yg Saya buat semalam telah dimunipulasikan oleh pihak pro-pembangkang.

Oleh itu, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa tujuan saya berjumpa dgn Ramesh Rao iaitu Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) adalah utk meminta bantuan kewangan pelajaran Anak-Anak Saya dan sedikit bantuan sara hidup.

Ini adalah kerana pihak-pihak yang saya sebutkan semalam (PKR) tidak menunaikan janji mereka kepada saya dan anak-anak.

Saya, selepas kematian suami saya. Mereka berjanji untuk membantu kami tetapi sama sekali tidak berlaku.

Soalan provokasi oleh Pemberita ABC news smlm menyebabkan Saya hilang sabar. Malah soalan mereka amat mengelirukan.

Ingin saya perjelaskan bahawa kes tuntutan kerugian yang saya buat tempoh hari adalah dari cadangan dari Peguam Amrik serta beberapa pemimpin PKR yg lain, manakala saya hanya menuruti cadangan mereka atas sebab desakan hidup.

Berkaitan dengan isu Akuan Bersumpah (SD) pertama mendiang suami saya, PI Bala, saya cuma dimaklumkan sahaja, biar pihak mahkamah yg tentukan sama Ada isi kandungan SD itu terpakai atau tidak menurut peruntukkan undang-undang negara kita.

Berkaitan isu minta maaf saya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, saya dengan ini sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran Saya menuduh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah membunuh suami saya.

Pada ketika itu, saya di dalam keadaan marah dan kecewa serta hilang pertimbangan. Ingin saya ulangani dan memperingatkan bahawa cukuplah, hentikanlah permainan politik yg ingin mempergunakan mendiang suami Saya dan kami sekeluarga.

Saya dan anak-anak harus meneruskan kehidupan Sekian terim kasih.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Zakwan Ansari – 018-230-0502⁠⁠.

Media Australia Ceroboh Pejabat Saya Tanpa Kebenaran – Ramesh Rao

Media Australia Ceroboh Pejabat Saya Tanpa Kebenaran – Ramesh Rao

Media asing dipercayai dari Australia semalam hadir dalam sidang media A Santamil Selvi, balu kepada Penyiasat Persendiri (PI) P Balasubramaniam dengan niat membuat provokasi menyukarkan wanita itu untuk memohon maaf.

Agensi berkenaan kemudian tanpa rasa bersalah menjadikan sidang media di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao sebagai ruang untuk membuat provokasi demi provokasi sehingga keadaan menjadi kecoh.

Pada permulaan sidang media, Selvi mula membacakan kenyataan media dan menerangkan hasratnya untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah membuat kenyataan melulu menuduh kedua-duanya terlibat menyebabkan kematian suaminya dan dalam pembunuhan Altantuya.

Ramesh dalam satu kenyataannya kepada media, beliau berkata wartawan berkenaan tanpa kebenaran hadir pada sidang media berkenaan dan bersikap biadap.

“Kehadiran mereka yang jelas kerana kerana pembangkang sengaja mencari masalah untuk menjadikan keadaan sidang media hangat dengan provokasi yang tidak relevan berkaitan permohonan maaf Selvi.

“Dia sengaja membuat Selvi berada dalam keadaan tertekan dan kemudian bersikap emosional sehingga marah-marah dan meninggalkan meja sidang media,” katanya.

Wartawan Australia berkenaan bertanya soalan apakah kaitan antara permohonan maafnya dengan prosiding mahkamah yang dimulakannya untuk memohon ganti rugi dari Najib dan Rosmah atas kematian suaminya PI Bala.

Selvi sudahpun menjawab persoalan berkenaan apabila ditanya iaitu permohonan maaf tiada kaitan dengan prosiding mahkamah berkenaan yang perlu dibuktikan di mahkamah dan ini adalah berkaitan keterlanjuran dirinya menuduh Najib dan isteri yang bertanggungjawab ke atas kematian suaminya.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan terus mengulang pertanyaan sehingga keadaan menjadi kecoh.

Selepas sudah menjalankan ‘tugasnya’, mereka terus meninggalkan sidang media berkenaan.

Ramesh berkata mengapa media asing tidak bertanya soalan dan mempersoalkan tindakan parti pembangkang yang tidak mengotakan janji untuk menjaga kebajikan Selvi termasuk anak-anaknya khususnya untuk tujuan pembelajaran.

Kehadiran Selvi pada asalnya untuk meminta bantuan kewangan dari PMSP kerana usahanya untuk menagih bantuan dari parti pembangkang gagal diketepikan dan dipinggirkan sahaja. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun enggan melayan Selvi kerana mendakwa terlalu sibuk dengan urusan Parlimen.

PMSP Akan Terus Bongkar dan Bongkar Siapa Dr Mahathir

PMSP Akan Terus Bongkar dan Bongkar Siapa Dr Mahathir

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN (PMSP) RAMESH RAO
11 MAC 2016

Saya di sini ingin memaklumkan bahawa ketika ini ada beberapa orang yang tidak senang dan tidak suka dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad mula menghubungi saya dengan banyak maklumat kerja jahat Dr Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti yang para media sedia maklum, baru-baru ini saya diugut oleh pihak tertentu dengan ugutan akan memburu saya tidak kira di mana saya berada jika terus mengganggu perjalanan gerakan Dr Mahathir.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak gentar sedikitpun dan saya dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) akan terus bongkar dan bongkar semua kerja Dr Mahathir ini…..

Continue reading “PMSP Akan Terus Bongkar dan Bongkar Siapa Dr Mahathir”